Thursday, 19 September 2013
HALAMAN 2
MAINTAIN SOFTWARE LICENSE.
1.Menyelenggara lesen perisian.
1.1)Mendapat bantuan mengenai lesen perisian .
-Tiap-tiap perisian mempunyai lesennya tersendiri :-
Contohnya:-perisian daripada syarikat microsoft .
-Terdapat juga perisian yang diberikan secara percuma:-
Contohnya : linux dan star office.
-Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak cetak rompak,berbanding dengan perisian yang percuma kerana lesen perisian tersebut terlalu mahal.
-Bagi perisian yang mempunyai lesen ,untuk proses install perisian tersebut mestilah mempunyai lesen yang sah supaya tidak dikenakan tindakkan undang-undang .
-Selalunya terdapat 2 jenis lesen yang dikeluarkan:-
*Open license
*Single license
(Open license)ialah satu lesen perisian yang mempunyai ramai pengguna.lesen jenis ini memudahkan bagi memantau penggunaan perisian tersebut.lesen ini selalunya digunakan dicawangan sesebuah syarikat.
(Single license)ialah satu lesen yang terhad kepada seorng pengguna sahaja.jika kita memerlukan 10 lesen untuk 10 orang pengguna maka perlulah mendapatkan 10 cd yang berlainan .ini akan menyukarkan pemantauan penggunaan perisian tersebut.lesen jenis ini lebih ditujukan kepada pengguna persendirian atau individu.
1.2)Mendapat lesen perisian atau perisian naiktaraf
-Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian tersebut..
-Untuk menaiktaraf perisian yang lama kepada versi yang baru maka perlulah mendapatkan lesen perisian tersebut yang terbaru.
-Lesen perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ianya terhad kepada versi yang lama sahaja.
-Setiap lesen mestilah diperbaharui jika lesen yang sediaada telah tamat tempoh ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dengan pengeluar perisian .ianya perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
1.3)Mengenalpasti pencerobohan perisian.
-Bagi menguruskan sesuatu lesen perisian seseorang yang bertanggungjawab menjaga lesen tersebut haruslah peka mengenai lesen-lesen perisian dan juga perjanjian yang telah dipersetujui contohnya seorang juruteknik haruslah memberitahu atau melaporkan mengenai status lesen perisian tersebut apabila lesen tersebut hampir tamat tarikh penggunaannya.
-Masalah-masalah lain yang berkaitandengan perisian dan lesen juga harus dilaporkan.ini perlu supaya perisian yang digunakan dapat terus berfungsi dengan sepenuhnya dan tidak menganggu operasi yang lain.
1.4)Dokument atau laporan lesen perisian.
-Segala aktiviti yang dilakukan perlulah direkod bagi memudahkan kerja-kerja rujukan dimasa hadapan.
-Setiap kali pemeriksaan lesen perisian yang dilakukan oleh juruteknik maka perlulah juruteknik tersebut membuat laporan dan juga senarai semak bagi setiap kali pemeriksaan dan juga pembaharuan lesen perisian tersebut.
-Untuk membuat kedua-dua tugas tersebut juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosedur setiap lesen perisian yang digunakan.
APAKAH KEPENTINGAN WARRANTY ?
1) Memudahkan pengguna menukar barangan yang rosak.
2)Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli barangan .
3)Dapat memastikan barangan yang dijual itu asli atau tiruan.
4)Boleh tahu kualiti barang yang dijual baik atau tidak.
5)Mengelak pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.
6)Supaya hak pengguna tidak diabaikan .
7)Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan.
8)Hak pengguna terjamin dengan adanya warranty.
9)Pengguna dapat membuat ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
10)Supaya barangan yang dijual dan dibeli oleh pengguna adalah sah.
11)Supaya pengeluar mendapat kepercayaan pengguna menggantikan .
12)Warranty membolehkan syarikat menggantikan barangan yang baru .
13)Sebagai jaminan daripada syarikat bagi memberikan barangan yang berkualiti kepada pengguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)